fbpx

Shopee hanya platform mudahkan bayaran zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Mohd Zahid (barisan hadapan, tengah) bersama penerima-penerima Bantuan Persekolahan 2021 Dan Sumbangan Kebajikan Majlis Agama Isalm Dan Adat Melayu Perak (Maipk) di Hotel Casuarina Meru,Ipoh. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kaedah pembayaran zakat melalui aplikasi Shopee yang diperkenalkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) hanyalah sebagai salah satu instrumen bayaran atau wasilah sahaja dan bukanlah dikategorikan sebagai Amil Zakat.

Ini kerana semua pembayaran menerusi platform ini akan dipindahkan terus kepada akaun Pusat Zakat Maipk melalui transaksi bank dalam talian pada hari sama dan bukan disimpan oleh pengendali platform tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Shahrul Azam Shaari berkata, sehubungan itu dakwaan sesetengah pihak bahawa Maipk telah melantik Shopee sebagai Amil adalah tidak benar sama sekali.

Menurut beliau, penggunaan platform pembayaran digital itu juga dibuat setelah melakukan kajian dan perbincangan sebagai satu inisiatif kepada pembayar zakat khususnya golongan muda.

“Syarat pelantikan amil bagi menguruskan zakat telah banyak dibincangkan oleh para ulama dan ia telahpun menjadi suatu panduan yang dipersetujui ramai sehingga kini.

“Sehubungan itu, bagi menguruskan hal-hal berkaitan kutipan dan agihan zakat semasa, sudah tentu Maipk mengamalkan inovasi dan pendekatan yang terkini mengikut keadaan semasa,” ujarnya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2021 dan Sumbangan Kebajikan Maipk di Hotel Casuarina di sini hari ini.

Turut hadir Yang di-Pertua Maipk, Tan Sri Dr. Wan. Mohd. Zahid Mohd. Noordin.

Mengulas lanjut kata Shahrul Azam, pelantikan Shoppe sebagai medium pembayaran zakat adalah sama sepertimana kebanyakan bank berdaftar di Malaysia dan pelbagai ejen kutipan seperti MYEG, JomPay, Gopayz dan SnapNPay.

Sebagai balasan daripada perkhidmatan yang disediakan pihak Shopee, Maipk membayar caj perkhidmatan sahaja melalui peruntukan yang diluluskan.

Katanya, Maipk mula melantik Bank Simpanan Nasional dan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan pertama sejak tahun 2005.

“Menerusi kajian kita, Shopee merupakan platform pembayaran digital dengan kira-kira 1.2 juta pemegang akaun beragama Islam termasuk 200,000 di negeri Perak.

“Platform ini menjadi pilihan pengguna berusia antara 25 hingga 35 tahun dan atas sebab itu juga kita memilih Shoppe bagi mensasarkan pembayar zakat bagi peringkat usia ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI