fbpx

Hukuman penjara dan denda, Ku Nan fail rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Nan ketika hadir di Mahkamah Tinggi sini semalam.

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  atau Ku Nan telah memfailkan notis rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang mensabitkan kesalahan rasuah.

Perkara itu disahkan peguam, Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Ku Nan ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Hock Chuan memberitahu, notis rayuan tersebut difailkan melalui sistem e-filing mahkamah semalam.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim ketika dihubungi pula memaklumkan keputusan sama ada rayuan akan difailkan (oleh pendakwaan) atau tidak akan dibuat oleh Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara.

Ujar beliau, sekiranya ada, rayuan tersebut perlu difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan.

Semalam Ku Nan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya, empat tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu.

Bagaimanapun mahkamah menangguhkan kedua-dua hukuman itu sementara menunggu rayuan.

Mengikut pertuduhan, Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta.

Wang itu daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Bendahari UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI