fbpx

Jessie J tayang gambar tidur bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSIE J

PENYANYI Jessie J telah mengejutkan pengikutnya dalam Instagram selepas memuat naik gambar sedang tidur dalam keadaan bogel tanpa seurat benang.

Aksi berani tersebut dilakukan pelantun lagu Price Tag itu selepas hubungan percintaannya dengan pelakon Channing Tatum terlerai.

Ternyata foto bogel yang dikongsikan penyanyi berusia 32 tahun itu bukan sahaja mengejutkan pengguna laman sosial, bahkan tidak kurang juga yang memuji bentuk tubuhnya yang dikatakan sangat seksi.

“Tubuh kamu benar-benar seksi,” kata salah seorang pengikutnya.

Tidak kurang juga segelintir pengguna Instagram mengusik penyanyi itu dengan mengatakan bekas teman lelakinya pasti menyesal selepas meninggalkan seorang wanita yang cantik dan seksi.

Jessie J dan Tatum berkenalan dan bercinta sejak 2018. Mereka pernah memutuskan hubungan pada November 2019 sebelum kembali bersama pada Januari 2020 dan putus semula pada Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI