fbpx

Hafizh akui percaya kemampuan casis NTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH diberi tanggungjawab untuk membangunkan casis NTS bersama pasukan RW Racing GP musim depan.

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yakin casis NTS mampu menjadi pencabar kepada pengeluar tiga casis lain seperti Kalex, MV Agusta dan Speed Up menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kelas Moto2 musim 2021 nanti.

Hafizh yang sah menyertai pasukan NTS RW Racing GP musim depan dilihat tidak berdepan kesukaran untuk menunggang casis yang berlainan memandangkan dia mempunyai pengalaman menguji casis berlainan seperti Speed Up dan Kalex sebelum ini.

Bekas pelumba kelas utama MotoGP tu berharap dia mampu memahami karakter casis NTS dan dapat mencari keserasian terbaik pada sesi ujian rasmi Moto2 dan Moto3 musim 2021 yang bakal berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol dari 16-18 Mac depan.

“Bagi saya Kalex merupakan casis yang semua pelumba senang faham karakter. Casis Speed Up juga antara yang terbaik, bagaimanapun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

“Untuk casis NTS pula, sukar untuk saya terangkan kerana mereka baru tiga tahun dalam perlumbaan ini. Selepas tiga tahun saya lihat terdapat peningkatan dan berada di kedudukan ke-10,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian kedai gunting rambut miliknya, Nimroc Barbershop di Taman Dagang, Ampang semalam.

Pelumba berusia 26 tahun itu telah menguji casis NTS bulan lalu, namun dilihat sedikit bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera tersebut susulan hujan lebat ketika menjalani ujian sulung di litar sama sekali gus menyaksikannya menduduki tangga ke-10 keseluruhan selepas melakukan 71 pusingan.

Ketika ditanya mengenai sasarannya pada musim depan, Hafizh mengakui dia tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi dalam penampilan sulung bersama pasukan berkenaan.

“Kalau boleh mereka mahu dapat mata dan memberi saingan yang bagus terutama dalam kelompok 10 terbaik.

“Sebagai pelumba profesional sudah pasti tekanan itu ada tetapi tahun depan sedikit berbeza kerana saya juga perlu membangunkan jentera dan perlu menunjukkan peningkatan dalam setipa perlumbaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI