fbpx

120 kotak minyak masak subsidi dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN minyak masak yang dirampas dalam serbuan di Kampung Pangkal Meleret,Machang semalam.

MACHANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) Kelantan merampas sebanyak 120 kotak minyak masak bersubsidi di dalam dua buah kereta yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Jalan Pangkal Meleret, di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, rampasan itu minyak masak seberat 2,040 kilogram itu dianggarkan bernilai RM5,100.

Katanya, rampasan itu dilakukan dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) menerusi Op Benteng Covid bermula pada pukul 6 petang hingga 10 malam.

“Tindakan dilakukan selepas anggota KPDNHEP menjalankan risikan terhadap dua buah kereta jenis Proton Waja dan Ford yang membuat pembelian minyak masak dengan pemborong di sekitar Machang.

“Siasatan mendapati, kedua-dua buah kereta itu membawa barangan tersebut ke kawasan sempadan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azanizam, susulan daripada itu, pihaknya menahan kereta berkenaan bersama tiga orang lelaki warga tempatan termasuk seorang penumpang yang berusia dalam lingkungan 20-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

Katanya, siasatan awal juga mendapati mengaku bahawa minyak masak itu akan dihantar ke pengkalan haram Bukit Lata, Pasir Mas sebelum ia diseludup ke Mundok, Thailand.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 disyaki dengan niat melakukan penyeludupan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI