fbpx

Tiada laporan bekalan makanan tidak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE ABDULLAH (dua dari kiri) menyerahkan bantuan zakat kepada ahli PPK di Raub, semalam.

RAUB – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tidak menerima sebarang laporan berhubung kekurangan bekalan makanan asas sehingga menjejaskan kualiti hidup rakyat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tiada laporan ketidakcukupan bekalan makanan yang menjejaskan rakyat kecuali beberapa barangan yang diimport seperti bawang merah.

“Sektor pengeluaran makanan negara perlu bergerak seiring dengan permintaan jika terhenti kesannya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat.

“Kerajaan bertindak pantas melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi memastikan rakyat mendapat sokongan perniagaan diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Perniagaan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Raub, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Dr. Nik Mohamad Zawawi Salleh.

Beliau berkata, dalam Belanjawan 2021 kerajaan memfokuskan untuk memperkasakan sektor pertanian dan industri makanan dengan peruntukan RM4.79 bilion bagi membantu petani, peladang dan nelayan selaku barisan hadapan industri agromakanan negara.

“Dalam pada itu pihak kementerian bersama rakan strategik Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) terus berusaha keras memartabatkan agromakanan dan sekuriti makanan negara.

“Kementerian memperuntukkan kira-kira RM55 juta kepada 279 Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ) seluruh negara tahun ini bagi menjalankan projek pengeluaran makanan untuk bekalan tempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI