fbpx

Maqis rampas 15 kontena gandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gandum dalam kontena yang dirampas tersebut.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita sebanyak 15 kontena mengandungi gandum yang dipercayai melakukan kesalahan ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, operasi kira-kira pukul 2.20 petang itu dibuat selepas kontena dari India berkenaan didapati cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat permit import pihaknya.

“Sebanyak 15 kontena muatan gandum seberat 340,625 kilogram disita bagi siasatan lanjut.

“Produk pertanian itu dianggarkan bernilai RM374,444.32,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zarina berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI