fbpx

Spurs enggan kecewa kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJBJERG (dua dari kiri) muncul antara watak penting memastikan kecemerlangan Spurs sehingga berjaya mendahului carta EPL ketika ini. – AFP

LONDON – Pemain tengah ­Tottenham Hotspur, Pierre-Emile Hojbjerg yakin mereka mampu melakukan kejutan terhadap Li­verpool di Anfield awal pagi esok meskipun sekadar mengutip satu mata selepas seri 1-1 dengan Crystal Palace di Selhurst Park pada Ahad lalu.

Keputusan seri itu ternyata tidak menggembirakan pengurus Spurs, Jose Mourinho yang menyelar barisan pemainnya kerana tidak mengikut arahan sekali gus terpaksa berkongsi 25 mata dengan Liverpool yang kini menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kalaulah anda dapat melihat bagaimana suasana dalam bilik persalinan selepas perlawanan itu, mungkin anda sendiri dapat mengetahui betapa kecewanya semua pemain dengan keputusan tersebut.

“Ia menunjukkan bahawa kami sudah memberikan segala-galanya untuk meraih kemenangan pada setiap perlawanan tetapi keputusan seri bukanlah pilihan kami. Namun, apa lagi yang kami boleh lakukan selain akur dengan keputusan ini,” kata Hojbjerg.

Bintang Denmark itu juga mendedahkan bahawa dia dan rakan-rakan sepasukannya mahu menjadikan Liverpool sebagai mangsa melepaskan geram ekoran kekecewaan ketika menentang Palace.

“Kami tidak boleh menoleh ke belakang, sebaliknya terus maju ke hadapan. Kami tidak sepatutnya membiarkan keputusan seri merosakkan keharmonian dan keseimbangan pasukan.

“Jadi, kami perlu bangkit memulihkan situasi dengan mencatat kemenangan demi kemenangan bermula aksi menentang Liverpool dan seterusnya Leicester untuk perlawanan berikutnya,” jelas Hojbjerg.

Kemenangan ke atas Liverpool mampu melebarkan penguasaan Spurs di takhta liga, sebaliknya mereka mampu jatuh hingga ke tangga kelima jika tewas dan pada masa sama tiga pencabar iaitu Leicester, Southampton dan Chelsea berjaya meraih keputusan positif. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI