fbpx

Kehilangan besar buat warga Angkasa dan negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyifatkan pemergian Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid semalam adalah kehilangan besar buat negara khususnya kepada warga koperasi.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan “Pak Ungku” merupakan pengasas dan mantan Yang Dipertua Angkasa bermula 12 Mei 1971 sehingga 7 Januari 2009.

Menurutnya, Pak Ungku merupakan negarawan yang amat disegani dan telah menyumbang jasa dan bakti dalam bidang pendidikan dan ekonomi terutamanya dalam memperkasa ekonomi institusi agama islam.

Jelas Abdul Fattah, Allahyarham merupakan tokoh yang mengasaskan Angkasa menerusi Kongres Kerjasama Se-Malaysia pada tahun 1966 dan Kongres Kerjasama Se-Malaysia Kedua pada 1971.

“Beliau juga mencetuskan idea menubuhkan koperasi sekolah pada tahun 1968 untuk membudayakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan generasi muda sehingga koperasi sekolah menjadi model perniagaan yang menjadi rujukan gerakan koperasi antarabangsa.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara khususnya kepada warga koperasi atas sumbangan berterusannya menabur tenaga dan bakti dalam menanam benih semangat berkoperasi dikalangan rakyat,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI