fbpx

1,295 kes baharu, tujuh lagi kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,295 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara sebanyak 87,913 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, terdapat 10 import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya sebanyak 1,285 kes adalah penularan tempatan.

“Selain itu, terdapat 1,052 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 72,733 kes.

“Terdapat tujuh lagi kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 429 kes,” katanya pada sidang akhbar secara maya ditayangkan pada Facebook Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 113 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI