fbpx

Boko Haram mengaku culik ratusan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bangunan bilik darjah di Sekolah Menengah Sains Kerajaan di Kankara dalam negeri Katsina, Nigeria. - AFP

KANKARA, Nigeria – Boko Haram hari ini mengaku bertanggungjawab menculik beratus-ratus pelajar di barat laut Nigeria dalam serangan pertama di rantau berkenaan sejak kumpulan militan tersebut melancarkan pemberontakan lebih satu dekad lalu.

Boko Haram dan seterunya, kumpulan Negara Islam di Wilayah Afrika Barat (ISWAP) kini terlibat dalam pemberontakan di timur laut Nigeria dan negara jirannya iaitu Cameroon, Chad serta Niger.

Gabenor negeri Katsina, Aminu Bello Masari berkata semalam bahawa kumpulan penculik itu telah berhubung dengan kerajaan.

“Rundingan sedang dilakukan untuk memastikan mereka selamat dan dapat kembali kepada keluarga masing-masing,” katanya di laman Twitter.

Bagaimanapun, bilangan pelajar yang hilang itu masih belum dapat dipastikan. Seorang jurucakap tentera memberitahu stesen televisyen Channels TV semalam bahawa seramai 333 pelajar masih hilang selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerbu Sekolah Menengah Sains Kerajaan di bandar Kankara. Sekolah berasrama itu hanya menempatkan pelajar lelaki.

Serangan pada Jumaat lalu itu pada awalnya didakwa dilakukan oleh kumpulan penjahat. Sehingga kini kerajaan Nigeria belum mengeluarkan kenyataan berhubung pengakuan Boko Haram itu.

“Saya ialah Abubakar Shekau dan saudara-saudara kami mendalangi penculikan di Katsina,” kata suara dalam rakaman berdurasi empat minit itu yang dihantar kepada agensi berita AFP menggunakan saluran sama yang digunakan oleh Boko Haram sebelum ini. Bandar Kankara terletak dalam negeri Katsina.

Suara itu menyerupai suara ketua Boko Haram, Abubakar Shekau yang mendalangi penculikan 276 pelajar perempuan di Chibok pada 2014 yang mencetuskan kemarahan masyarakat dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI