fbpx

Asyraf Dasley raih Top 3 Face of Asia 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF DASLEY

SETELAH menyingkirkan peserta tuan rumah pada peringkat separuh akhir, wakil Malaysia, pelakon Asyraf Dasley, 29, mengharumkan nama negara apabila meraih kedudukan tiga terbaik dalam
pertandingan Face of Asia 2020 (FOC 2020).

Diadakan secara maya, pencapaian Asyraf itu sekali gus melayakkan dirinya mara ke pentas final FOC 2020 yang bakal berlangsung pada penganjuran Asia Model Awards 2020 di Korea Selatan pada tahun depan.

Biarpun mampu menarik nafas lega, Asyraf bagaimanapun berkata, sepanjang tempoh separuh akhir yang bermula pada pertengahan November lalu, dia teruji apabila menghidap demam denggi dan terlantar selama tiga hari.

“Keadaan itu membimbangkan saya kerana tugasan diberi penganjur masih tidak disempurnakan, malah ada yang belum dimulakan.

“Namun, sebaik sembuh saya tekad menggandakan usaha menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sebelum tiba tarikh akhir. Walaupun penat, semuanya berbaloi dengan kejayaan ini,” cerita anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

MENDUDUKI tangga ketiga, Asyraf layak ke pentas final Face of Asia 2020 (FOC 2020) yang akan berlangsung di Korea Selatan tahun depan.

Terdahulu, berita gembira itu diumum menerusi platform media sosial milik FOC 2020 oleh pihak penganjur pada 4 Disember lalu dan Asyraf akui tidak sabar untuk mewakili negara ke Korea Selatan kelak.

Pada masa sama, Asyraf turut mengalu-alukan penaja yang sudi hulurkan tajaan dalam bentuk wang tunai bagi mempermudahkan urusannya menyertai acara tersebut.

Berprofesion selaku model profesional, naib juara pertandingan pencarian bakat Mister Planet Nation Malaysia 2016 (MPM 2016) itu amat berterima kasih kepada barisan penaja yang  membantunya hingga ke mencapai tahap ini.

Asyraf yang pernah berlakon beberapa buah drama Melayu juga nekad mengutamakan pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) sebelum aktif bergelar pelakon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI