fbpx

Tahap kemiskinan rakyat terkesan Covid-19 dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin hadir sempena Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Masyrakat Parlimen Pagoh di Dewan Serbaguna Felda Sri Jaya, Pagoh Muar hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

MUAR – Kerajaan sedang menjalankan satu kajian mengenal pasti taraf kemiskinan baharu rakyat negara ini yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu perlu dilakukan berikutan status sosial rakyat semakin berubah khususnya membabitkan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Katanya, Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ketika ini RM2,208 mungkin berubah apabila kajian berkenaan disiapkan.

“Kerajaan jangkakan lebih ramai rakyat kita dalam B40 akan terjejas akibat Covid-19. Disebabkan itu, mungkin ada yang sudah masuk ke tahap B50 dan B60.

“Oleh itu, satu kajian menyeluruh sedang dibuat bagi mengenal pasti berapa ramai rakyat kita jatuh lebih bawah daripada paras miskin.

“Saya tidak mahu rakyat kita mati kebuluran tidak makan akibat wabak Covid-9 dan kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Deepavali Dewan Undangan (DUN) Gambir di Dewan Muniandy, Sagil di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak akan berhenti berehat dan bekerja setiap hari selagi rakyat terkesan dengan Covid-19.

Katanya, tugas beliau bukan setakat mengawal Covid-19 tetapi membantu memulihkan ekonomi negara.

Beliau menambah sekatan perjalanan dilonggarkan bagi memastikan ekonomi domestik termasuk sektor pelancongan kembali pulih.

“Saya ajak rakyat bersama-sama kerajaan untuk membantu meningkatkan ekonomi negara ini,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI