fbpx

Kes kekal empat angka, empat lagi kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 masih kekal empat angka dengan 1,229 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif di Malaysia kini mencecah sebanyak 83,475 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama sebanyak 1,309 kes sembuh turut direkodkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 69,393 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,227 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat empat lagi kes kematian Covid-19 di Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor melibatkan dua lelaki dan dua wanita berusia antara 29 hingga 83 tahun.

“Ini menjadikan sebanyak 415 kes kematian Covid-19 terkini di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 115 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI