fbpx

Toyota Yaris 2020 lebih segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jentera ini telah ditambah baik oleh Toyota.

PETALING JAYA – Toyota Yaris versi yang telah dikemas kini tampil lebih segar serta selamat dengan ciri keselamatan dipertingkatkan.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Ravindran K, tiga varian ditawarkan pada model Yaris kali ini bermula dengan yang paling asas J, E dan G.

Katanya, Toyota Yaris terbaru mempamerkan kemaskini rekaan yang lebih ketara untuk memperkukuhkan kedudukannya nombor satu bagi kenderaan hatchback segmen bukan nasional sehingga kini.

“Model yang sudah sedia menarik itu diberikan sentuhan baru untuk tampil lebih dinamik dengan karisma personaliti tersendiri. Yaris yang diperbaharui itu dibina untuk melangkaui standard sedia ada, ” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya, kemas kini itu merupakan cerminan kepada kesungguhan Toyota di peringkat global dalam mengatur langkah ke hadapan.

“Kami akan terus menawarkan kenderaan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan termaju, kepercayaan yang tidak berbelah bagi, berprestasi dan juga selesa kepada pelanggan menerusi barisan produk yang ada,” tambahnya.

Antara perubahan yang kelihatan bagi meningkatkan lagi imejnya dengan bahagian depan yang direka semula bagi memberikan penampilan yang makin agresif.

Perbezaan ketara boleh dilihat pada rekaan bampar depan serba baru, yang kini turut hadir dengan aerokit serta gril depan berbeza dan lampu utama ‘triple bezel’ LED sepenuhnya dengan lampu Daytime Running Lights (DRL).

Sentuhan seperti identity yang sama dapat dilihat pada model lain Toyota, seperti Corolla dan Camry. Sebagai tambahan, lampu utama “triple bezel” berkenaan turut dilengkapi dengan fungsi ‘follow-me-home’ untuk keselamatan dan kemudahan pengguna.

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan secara online menerusi laman web rasmi UMW Toyota bermula 2 November lalu atau melakukannya di bilik pameran Toyota yang sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI