fbpx
KUMPULAN BTS

BTS tangguh drama sebab Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini satu kenyataan media memberitahu penggambaran drama Youth yang dibintangi anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS telah ditangguhkan sementara waktu.

Menerusi kenyataan daripada wakil produksi drama berkenaan, punca utama penangguhan penggambaran drama berkenaan walau bagaimanapun tidak dinyatakan.

Selain dikatakan akan menjalani sedikir perubahan jalan cerita, umum sedia maklum banyak aktiviti dunia hiburan kini, termasuk di Korea Selatan terpaksa diperlahankan buat sementara waktu disebabkan lonjakan kes baharu Covid-19.

Drama Youth merupakan sebuah naskhah terbaharu yang mengisahkan mengenai kemunculan dan kehadiran kumpulan penyanyi lelaki Korea Selatan, BTS dalam industri muzik.

Drama berkenaan bakal menggabungkan realiti dan fiksyen tentang bagaimana kesemua tujuh anggota BTS bertemu dan seterusnya mengejar impian mereka sebagai penyanyi sebelum bergelar idola kepada peminat K-pop seluruh dunia.

Drama arahan sutradara Kim Jae-hong tersebut dijadualkan menemui penonton pada 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN