fbpx

Bekas tonggak Harimau Muda positif terhadap Skuad Projek FAM-MSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL FAHMI merupakan salah seorang yang menerima manfaat daripada skuad Harimau M

SKUAD Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) yang dilancarkan secara rasmi kelmarin menerima respons positif daripada bekas tonggak utama skuad Harimau Muda.

Sebagai rekod, skuad Harimau Muda sebelum ini juga hasil kerjasama FAM, MSN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan ia dilaksanakan pada tahun 2007 sebelum ditamatkan pada 2015 kerana masalah kewangan.

Bekas penjaga gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat percaya pasukan bersifat pembangunan yang bakal beraksi pada Liga Premier bermula musim depan dapat memberikan saingan cukup positif.

“Langkah untuk menghidupkan semula skuad Harimau Muda versi baharu ini sebagai proaktif yang dapat membantu struktur pembangunan bakat bola sepak negara serta mampu memanfaatkan untuk jangka panjang.

“Harimau Muda dahulu le­bih bersifat profesional tetapi Skuad Projek FAM-MSN ini jauh lebih baik memandangkan ia adalah untuk pembangunan dan pendidikan.

“Menerusi pelan tersusun, pemain-pemain muda dapat membuka pintu kerjaya masing-masing di mana sebelum ini dilihat sukar buat mereka beraksi pada Liga Malaysia.

“Ketika pemain senior bakal melepasi zaman kegemilangan mereka, projek ini dapat melahirkan pelapis secara berperingkat sekali gus memastikan Malaysia tidak ketandusan pemain berkualiti dan berdisiplin dalam bola sepak moden,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Shahrul Saad yang kini mewakili pasukan Pe­rak optimis Skuad Projek FAM-MSN yang dikendalikan oleh Yusri Che Lah mampu memastikan laluan kerjaya lebih baik buat pemain-pemain muda.

“Saya lihat skuad projek FAM-MSN ini dapat menjadi platform terbaik buat pemain mengete­ngahkan bakat masing-masing, membuka ruang kerjaya lebih luas dan langkah terbaik untuk memastikan hala tuju pemain-pemain muda dalam bola sepak serta pendidikan.

“Penubuhan pasukan ini seharusnya diambil positif kerana bagi saya selaku bekas pemain Harimau Muda, ia mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti. Ini juga membuka peluang pemain ini mengasah bakat pada saingan Liga M,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI