fbpx

Bayar zakat dengan Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Masyarakat Islam kini boleh membuat pembayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui aplikasi Shopee.

Para pengguna hanya perlu memilih pembayaran zakat melalui ‘Deals, Top-ups dan Bills’ dalam aplikasi Shopee.

Selain itu, 1,000 pembayar zakat terawal setiap hari sepanjang tempoh kempen akan menerima syiling Shopee menerusi platform Shoppee yang akan berlangsung 22 Disember hingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, platform e-dagang tersebut dilantik sebagai ejen kutipan terkini LZS bagi memudahkan bayaran zakat secara dalam talian.

Katanya, menerusi aplikasi ini, pengguna Shopee boleh menunaikan pembayaran zakat harta serta fitrah tanpa had kepada LZS pada bila-bila masa dengan lebih mudah dan pantas bermula 18 Disember
ini.

“LZS sentiasa mempelbagaikan saluran bayaran bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat dengan selamat, lebih-lebih lagi dalam situasi norma baharu pada masa kini.

“Kerjasama ini dijangka akan dapat membantu ramai pengguna Shopee terutamanya dalam kalangan Muslim menunaikan zakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ini secara langsung dapat bersama-sama membantu kelangsungan hidup golongan asnaf di Selangor yang terjejas akibat pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI