fbpx

Skuad Projek FAM-MSN rancakkan Liga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL MERICAN (tiga dari kanan) bersama Hamidin (dua dari kiri) menunjukkan logo Skuad Projek FAM-MSN pada majlis pelancarannya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

SAINGAN Liga Premier musim depan dijangka bertambah rancak dengan kemunculan semula pasukan ‘Harimau Muda’ yang kini digelar Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) selepas diperkenalkan secara rasmi semalam.

Sebagai rekod, skuad Harimau Muda yang sebelum ini dijalinkan hasil kerjasama FAM, MSN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dilaksanakan pada tahun 2007 sebelum ditamatkan pada 2015 kerana masalah kewangan.

Timbalan Presiden FAM selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Belia FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, program ini dikembalikan bagi memenuhi hasrat agenda nasional untuk melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.

“Formula membentuk skuad di peringkat akar umbi ini adalah sangat bagus memandangkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah melahirkan ramai pemain tetapi ada dalam kalangan mereka masih tercari-cari pasukan.

“Justeru, Skuad Projek FAM-MSN ini menjadi platform buat mereka yang gagal mendapat kontrak dengan pasukan berstatus kelab untuk saingan musim depan sekali gus menghidupkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.

“Skuad kali ini akan diwakili sepenuhnya oleh pemain berusia bawah 20 (B-20) yang akan dibimbing oleh bekas pemain Harimau Malaya, Yusry Che Lah dengan pencarian bakat akan bermula esok (hari ini),” katanya pada sidang akhbar semalam.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran Logo Skuad Projek MSN-FAM di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya semalam adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Sementara itu, Reezal memberitahu, laluan kerjaya pemain sangat penting dalam meningkatkan ekosistem pembangunan bola sepak negara terutama mencungkil bakat-bakat di peringkat belia.

“Kehadiran semula Skuad Projek FAM-MSN ini secara tidak langsung akan menjadi platform kesinambungan dalam membantu pemain berpotensi memasuki skuad remaja kebangsaan selepas ini,” kata Reezal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI