fbpx

Jumpa mayat bayi lelaki bertali pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT bayi lelaki yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Tali Air 11, Pasir Panjang Sekinchan pagi tadi.

SABAK BERNAM – Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam bungkusan beg plastik di kebun kelapa sawit di Kampung Tali Air 11, Pasir Panjang Sekinchan di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8.40 pagi berhubung penemuan tersebut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bayi tersebut cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat selain terdapat najis bayi di dalam beg berkenaan.

“Bayi tersebut baharu meninggal dunia dipercayai kurang daripada tempoh 24 jam berdasarkan darah yang masih belum kering,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI