fbpx

Semua saksi inkues Nora Anne selesai bagi keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar inkues Nora Anne

SEREMBAN – Seramai 47 orang saksi telah selesai memberi keterangan untuk mengenal pasti punca kematian Nora Anne Quoirin di Pantai di sini tahun lepas.

Menurut Koroner, Maimoonah Aid, pada permulaan inkues pihaknya diberi senarai saksi yang agak ramai untuk memberi keterangan pada prosiding itu.

Katanya, pihak beliau telah memutuskan untuk mengeluarkan nama saksi yang tidak diperlukan.

“Saya merasakan setakat saksi-saksi iaitu kita ada 47 saksi, macam yang kita tau ini bukan prosiding jenayah. Inkues ini untuk mengenal pasti punca kematian si mati.

“Jadi bagi saya setakat saksi-saksi yang dipanggil dan bukti-bukti yang dikemukan mencukupi untuk saya membuat satu keputusan,” katanya pada prosiding hari ke-24 di Mqhkamah Koroner Seremban di sini hari ini.

Tambahnya, beliau juga mencadangkan tarikh 31 Disember ini atau 4 Januari depan sebagai tarikhuntuk menyatakan keputusan inkues itu.

“Disebabkan inkues ini bukan menjadi kewajiban untuk hujahan dimasukkan tetapi saya jemput mana-mana pihak pengendali, pihak dusun (resort) dan pihak keluarga untuk kemuka hujahan bertulis iaitu paling lewat 24 Disember ini,”tambahnya.

Saksi terakhir, Inspektor Wan Faridah Mustanin ketika kejadian merupakan Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai yang mengendalikan kes itu dari 4 Ogos hingga 14 Ogos tahun lalu.

Wan Faridah turut memberitahu siasatan secara menyeluruh telah dijalankan namun tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian itu dengan unsur jenayah.

Nora Anne, 15, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudiannya dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan.

Keputusan inkues akan dibuat koroner pada 31 Disember 2020 atau 4 Januari 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI