fbpx

Menyamar inspektor untuk kagumkan keluarga teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA jenis Perodua Myvi milik teman lelaki suspek turut dirampas untuk membantu siasatan.

BACHOK – Tindakan seorang gadis yang ingin menunjuk-nunjuk uniform operasi polis kononnya dia merupakan seorang inspektor kepada keluarga teman lelaki akhirnya memakan dirinya sendiri apabila ditahan kelmarin.

Wanita berusia 20-an yang berasal dari Tawau, Sabah itu ditahan pada pukul 8 malam selepas dipercayai cuba menyamar sebagai inspektor polis di rumah teman lelakinya di Kampung Bukit Bato, Jelawat, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, gadis itu datang ke Kelantan untuk bertemu dengan teman lelakinya yang berusia 23 tahun yang merupakan seorang anggota tentera.

Katanya, apabila tiba di negeri ini, dia menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu sebelum tinggal di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Bukit Bato sejak seminggu lalu.

“Sewaktu berada di rumah teman lelakinya, gadis itu telah menggantung uniform operasi polis berpangkat inspektor di dalam kereta jenis Perodua Myvi milik teman lelakinya.

“Perbuatan menggantung uniform itu dipercayai untuk menarik kepercayaan keluarga teman lelaki bahawa dia merupakan seorang pegawai polis dan mempunyai pendapatan yang stabil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI