fbpx

Rangka purba sabre-tooth dilelong RM284,725

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rangka harimau sabre-tooth yang berusia hampir 40 juta tahun. - AFP

GENEVA, Switzerland – Rangka seekor harimau bergigi pedang atau sabre-tooth berusia hampir 40 juta tahun dijual pada harga AS$70,000 (RM284, 725), setahun selepas ditemui di ladang Amerika Syarikat (AS).

Rangka tulang yang berukuran 120 sentimeter berjaya dimiliki oleh pengumpul persendirian seminit selepas dilelong dalam satu acara di Geneva, semalam.

Kerangka asli itu adalah tulang Hoplophoneus berasal dari baka Nimravidae yang pupus di Amerika Utara.

Haiwan pemangsa ini biasanya dikenali sebagai harimau bergigi pedang atau sabre-tooth.

Pengumpul Switzerland, Yann Cuenin memberitahu agensi berita AFP, kerangka itu ditemui di Dakota Selatan ketika penggalian terakhir musim panas tahun lalu.

“Seperti dalam kebanyakan penemuan, sebahagian daripada kerangka haiwan ini mengalami hakisan.

“Ia ditemui pemilik penternakan yang yang ternampak tulang dari dalam tanah di kawasan kebunnya,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI