fbpx

Konsert online pertama Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Blackpink

JANGAN lupa menanda tarikh 27 Disember ini dalam kalendar kerana kumpulan popular Blackpink dilaporkan akan muncul dengan konsert maya pertama di seluruh dunia.

Berita gembira tersebut disahkan agensi YG Entertainment dengan memaklumkan bahawa kumpulan yang popular menerusi lagu How You Like That itu akan muncul dengan sebuah konsert YG Palm Stage-2020 Blackpink: The Show.

Konsert berkenaan akan berlangsung pada 27 Disember ini tepat pukul 2 petang waktu Korea Selatan. Penganjuran konsert tersebut merupakan usahasama dengan YouTube Music.

Persembahan pada tarikh berkenaan juga diselitkan dengan pelancaran jenama konsert baharu YG Entertainment iaitu Palm Stage.

Palm Stage merujuk kepada penganjuran konsert pada masa kini yang lebih terarah secara dalam talian. Dalam konsep lebih mudah difahami, konsert di hujung jari.

Sebelum menuju ke tarikh tersebut, Blackpink berkongsi tentang maklumat lanjut konsert berkenaan selain beramah mesra dengan peminat menerusi video Blackpink – ‘The Show’ pada 4 Disember lalu.

Terdahulu, Blackpink baru sahaja muncul dengan album terbaharu mereka berjudul The Album yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI