fbpx

Wanita Vietnam sogok polis RM29,600 ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warganegara Vietnam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana cubaan merasuah seorang pegawai polis sebanyak RM29,600.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, suspek cuba memberikan rasuah kepada seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan.

Jelas kenyataan itu, suapan berkenaan dibuat bagi melepaskan seorang rakannya yang ditahan polis kerana kesalahan memiliki minuman keras yang tidak bercukai.

“Rakannya disiasat bawah seksyen 135 (1)(d) Akta KASTAM 1962.

“Suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor pagi tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” tambah kenyataan itu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi pemberita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI