fbpx

Restoran Haji Ridhuan Lau Abdullah peroleh sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Haji Ridhuan Lau Abdullah peroleh sijil halal.

SEREMBAN – Restoran Haji Ridhuan Lau Abdullah yang terletak di Taman Komersial Senawang (Dataran Senawang), Seremban, memperoleh sijil halal pada 16 Oktober lalu.

Menurut pemiliknya, Muhammad Ridzuan Lau Abdullah,40, dia bersyukur kerana berjaya memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat kali pertama.

Katanya, dia mula memohon sijil halal untuk restoran yang terletak di Senawang di sini itu lebih kurang empat bulan lepas.

“Proses untuk memohon tidak susah jika kita faham apa yang perlu dilakukan.

“Setiap menu yang dijual mesti dilampirkan kepada JAKIM sebagai salah satu proses semasa memohon sijil halal,” katanya ketika ditemui di restorannya di sini semalam.

Tambahnya, dia sudah memasang niat untuk memohon sijil halal sejak restorannya mula beroperasi pada tahun 2017 lagi.

“Tujuan saya memohon sijil halal kerana ini tanggung-jawab kita sebagai muslim yang menjual makanan yang halal dan bersih.

“Restoran saya mempunyai 186 menu terdiri daripada makanan serta minuman dan semua di lampirkan dalam proses itu,” tambahnya.

Jelasnya, dengan sijil halal dia berharap pelanggan-pelanggan akan lebih yakin untuk menjamu selera di restoranya.

“Sebelum ini saya perhatikan masih ada orang muslim ragu-ragu dengan kedai makanan dimiliki mualaf, “jelasnya.

Restoran Ridhuan Lau Abdullah dikendalikan lima orang pekerja beroperasi setiap hari kecuali Isnin.

Waktu operasi dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam manakala pada hari Jumaat bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI