fbpx

Budak mengamuk ditahan polis tunggang motosikal tanpa topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video menunjukkan budak lelaki berkenaan merayu tidak disaman ketika anggota polis merampas motosikalnya. - INSTAGRAM

JAKARTA – Seorang budak lelaki mengamuk selepas ditahan polis ketika menunggang motosikal bersama rakannya tanpa memakai topi keledar di Kabupaten Tapin, Kalimantan Selatan, Indonesia semalam, lapor laman berita Suara.com.

Satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Instagram menunjukkan dua budak lelaki itu ditahan polis semasa menunggang sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sebaik sahaja motosikal yang ditunggang mereka diarah berhenti, seorang daripada mereka menjerit ke arah anggota polis berkenaan.

Disebabkan tidak berpuas hati kerana ditahan, budak lelaki yang memakai baju-T berwarna coklat itu menolak motosikalnya hingga terbalik dan memijak-mijak kenderaan tersebut.

Anggota polis tersebut kemudian menolak motosikal tersebut ke sebuah tempat letak kenderaan dan kelihatan budak lelaki yang tidak diketahui identitinya itu merayu kepada penguat kuasa terbabit agar tidak menyamannya.

Rakaman tersebut turut kedengaran suara beberapa individu ketawa melihat gelagat budak lelaki tersebut.

Sejak dimuat naik, video berkenaan mendapat hampir 100,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seorang netizen mempersoalkan tindakan segelintir ibu bapa membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal.

“Saya berasa pelik dengan ibu bapa yang membenarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal,” katanya.

“Awak yang salah, awak pula yang marah polis itu,” tulis seorang lagi pengguna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI