fbpx

PM, pemimpin kanan Bersatu adakan perbincangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin termasuk menteri daripada parti itu di pejabatnya di sini petang tadi.

Difahamkan pertemuan kira-kira sejam itu bagi membincangkan kemelut Menteri Besar Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya pagi tadi.

Ahmad Faizal adalah Timbalan Presiden Bersatu ketika ini.

Turut difahamkan antara yang hadir dalam pertemuan itu termasuklah Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden Bersatu yang juga Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof juga antara yang hadir.

Butiran intipati mesyuarat berkenaan yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu bagaimanapun tidak dikongsikan kepada media.

Difahamkan lagi, satu kenyataan rasmi daripada Bersatu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ahmad Faizal hari ini gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul undi percaya.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

Beliau dilaporkan telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada pukul 5.15 petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI