fbpx

Kempen Upin Ipin ditonton 2.9 juta kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siri animasi Upin & Ipin 'Barang baik, Barang kita' yang mendapat 2.9 juta tontonan dalam tempoh dua hari di laman YouTube.

PETALING JAYA – Video siri animasi popular, Upin & Ipin – Barang Baik, Barang Kita yang dilancarkan pada 1 Disember berjaya meraih 2.9 juta tontonan dalam tempoh 48 jam disiarkan melalui platform YouTube.

Episod 14 itu yang menyaksikan penampilan khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mendapat maklum balas luar biasa dalam kalangan peminat siri berkenaan.

Malah, Alexander adalah menteri Kabinet pertama yang membuat kemunculan khas dalam siri animasi itu yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak di negara ini dan negara serantau.

Ia mencatatkan rekod pencapaian tersendiri untuk syarikat penerbitan siri animasi popular berkenaan, Les Copaque Production Sdn. Bhd. apabila episod berkenaan meraih jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh yang singkat.

Alexander berkata, penerbitan episod itu sebahagian daripada usaha kementeriannya dalam menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), khusus bagi membantu membina semula ekonomi domestik negara ini dan meningkatkan kuasa beli rakyat.

“KBBM masih berjalan sehingga hujung tahun ini. Kempen ini yang mendapat suntikan dana daripada kerajaan di bawah inisiatif PENJANA merupakan salah satu usaha bagi membantu memulihkan ekonomi domestik, sekaligus mempromosi barangan buatan Malaysia.

“Pelbagai pendekatan digunakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mempromosikan KBBM di semua peringkat lapisan rakyat, termasuk golongan kanak-kanak,” katanya menerusi laman Twitter.

Alexander turut melahirkan rasa bangga dapat berkolaborasi bersama siri animasi kanak-kanak terkenal tersebut dan turut menjadikan ia salah satu contoh produk keluaran negara yang berjaya membina nama dan dikenali ramai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI