fbpx
Tangkap layar video TikTok memperlihatkan laluan pendakian yang sesak di Gunung Datuk, Negeri Sembilan.

[VIDEO] ‘Pergi gunung nak lari dari jem, jem ikut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bukan sahaja jalan raya dan lokasi peranginan sesak ketika ini, laluan pendakian di Gunung Datuk, Negeri Sembilan turut ‘diserbu’ kumpulan pendaki hingga berlaku kesesakan.

Menerusi video dikongsikan seorang pengguna TikTok Aqstnaaaaa memperlihatkan kumpulan pendaki beramai-ramai sedang mendaki di laluan pendakian dengan jumlah yang ramai.

Kelihatan ada beberapa individu berhenti seketika bagi memberi giliran kepada pendaki di hadapan untuk melepasi batu-batu di laluan tersebut, sebelum mereka meneruskan pendakian.

“Pergi gunung nak lari daripada jem (sesak), jem ikut,” menurut kapsyen video tersebut.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang turut meninggalkan komen berunsur jenaka melihat situasi kesesakan di laluan gunung berkenaan.

“Woi, macam ni siapa nak naik, aku tunggu bawa sajalah jual air balang,” komen CTHawaIberahim.

“Ya Allah, dalam hutan pun jem,” komen Jannah Jailani.

“Hutan, waterpark (taman tema air), bandar, pantai pun jem. Tidur je lah kat rumah,” komen Penghuni Mukabumi.

“Musim cuti sekolah, hiking (mendaki) sesak, air terjun penuh, pantai penuh, Cameron Highlands sesak,” komen Nasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN