fbpx

Lelaki mabuk menyorok dalam lubang saluran air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota BBP Kota Tinggi mengambil masa 15 minit untuk memujuk seorang lelaki mabuk agar keluar dari lubang saluran air dalam kejadian berlaku di Taman Daiman, semalam. Foto IHSAN BOMBA

KOTA TINGGI – Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk seorang lelaki yang dipercayai mabuk agar keluar dari lubang saluran air (culvert) dalam kejadian di Taman Daiman, malam semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafi Md. Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.37 malam sebelum sepasukan 12 anggota telah dihantar ke lokasi kejadian di Jalan Kecubung 2, Taman Daiman.

“Pihak bomba hadir selepas dimaklumkan pihak polis yang mengatakan mangsa masuk ke dalam longkang sebelum sembunyi dalam lubang saluran air.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dilokasi kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa iaitu lelaki dewasa berusia 33 tahun di dalam longkang tersebut,”katanya di sini hari ini.

Mohd. Rafi berkata, mangsa dipercayai mabuk dan telah bertindak masuk ke dalam longkang sepanjang kira-kira tujuh meter itu.

“PKO mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit bagi memujuk mangsa agar keluar dari longkang berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya, mangsa berjaya dipujuk dan keluar dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI