fbpx

3 masjid, sebuah dewan raya di Johor disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-KERJA sanitasi awam yang dibuat di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerima permohonan bagi melakukan sanitasi awam melibatkan lima buah masjid dan sebuah dewan raya di tiga buah daerah semalam.

Menurut ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM negeri, Penguasa Bomba Khairul Hisyam Hamim, permohonan itu dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Muar dan Tangkak bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi bagi mengawal penularan Covid-19.

Katanya, seramai 33 anggota terlibat dalam aktiviti sanitasi awam itu melibatkan tiga buah jentera Fire Rescue Team (FRT) di kawasan terlibat.

“Bagi daerah Johor Bahru, sanitasi awam dibuat di Masjid al-Makmur, Taman Kobena dan Dewan Raya Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dengan penglibatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Aktiviti sanitasi awam turut dibuat di Masjid Parit Jawa, Masjid Parit Pechah dan Masjid Sarang Buaya di Muar serta Masjid Sultan Ismail Tanjung Agas di Tangkak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hiysam berkata, JBPM negeri membuat kerja-kerja sanitasi di sebanyak 35 lokasi di tujuh daerah di negeri ini pada bulan lalu.

Jelas beliau, ia terdiri daripada 22 bangunan kerajaan, dua rumah ibadat, lapan tempat awam dan lain-lain kawasan.

“Kerja sanitasi awam melibatkan 11 kawasan di Kota Tinggi, 10 di Johor Bahru, lima di Kulai, tiga kawasan masing-masing di Muar dan Tangkak, dua di Mersing dan satu kawasan di Kluang,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI