fbpx

Volkswagen Care capai 30,000 muat turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi ini telah dimuat turun lebih 30,000 kali.

PETALING JAYA – Aplikasi mudah alih Volkswagen Cares yang dilancarkan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berjaya mencatat 30,000 muat turun daripada ahli-ahlinya.

Aplikasi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif selepas jualan Volkswagen Cares yang komited untuk memberikan yang terbaik kepada pemilik kenderaaan Volkswagen di negara ini.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, dia gembira dengan sokongan yang diterima oleh aplikasi Volkswagen Cares.

“Aplikasi ini direka untuk membuatkan perkhidmatan kami lebih mudah diakses oleh pelanggan, sekali gus menambah baik pengalaman pemilikan mereka secara keseluruhannya.

“Kemudahan untuk masuk ke dalam dunia Volkswagen menerusi aplikasi mudah alih ditawarkan di pelbagai pasaran Volkswagen di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Aplikasi Volkswagen Cares merupakan satu aspek penting buat para pemilik kerana tawaran selepas jualan seperti baucar servis percuma selama tiga tahun dan pakej servis hanya boleh diakses serta disambungkan secara eksklusif menerusi aplikasi ini.

Mereka yang memiliki kenderaan berusia lima tahun dan ke atas di bawah program Volkswagen Care Plus (VCP) juga boleh melihat serta mengakses kelebihan yang disediakan melalui aplikasi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI