fbpx

Tuah si Putera Lesung Pipit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

SEJAK muncul sebagai salah seorang pelakon dalam drama Start-Up, graf karier Kim Seon-ho mencanak naik dan mencapai tahap populariti luar biasa.

Perkara berkenaan dibuktikan dengan peningkatan jumlah pengikut akaun Instagramnya sebanyak lebih 1.5 juta orang.

Sebelum ini, dia yang pernah membintangi drama musim kedua Welcome to Waikiki mempunyai sekitar 600,000 pengikut dalam platform itu.
Setakat ini, Seon-ho memiliki seramai lebih 2.5 juta pengikut.

Aktor berlesung pipit itu menjadi perhatian peminat gara-gara kemunculannya dalam drama Start-Up di samping aktres Suzy dan Nam Joo-hyuk.

Imej dan personaliti memukau dimiliki lelaki kacak itu menuai pujian peminat yang jatuh cinta dengannya sehingga menggelarkan Seon-ho sebagai ‘Putera Lesung Pipit’.

Terdahulu, Seon-ho memulakan debut dalam lakonan televisyen sejak 2017.

Sebelum itu, dia merupakan pelakon teater selama lebih 12 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI