fbpx

Pasangan pegawai, anggota polis positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien Mamat

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis wanita dan suaminya dari dua buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini disahkan positif Covid-19 hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pegawai wanita berpangkat Inspektor berusia 33 tahun bertugas di cawangan perlesenan IPD Tanah Merah manakala suaminya berusia 34 tahun dari cawangan pengangkutan IPD Pasir Mas.

Katanya, pasangan itu dipercayai mendapat jangkitan itu apabila mereka merupakan kontak rapat kepada pengasuh anak mereka yang positif Covid-19.

“Punca jangkitan itu dikatakan daripada pengasuh anak mereka yang disahkan positif Covid-19 menerusi kluster Mengketil.

“Hasil ujian swab yang dijalankan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah semalam terhadap mereka mendapati l pasangan berkenaan positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shafien, bagaimanapun, keempat-empat anak mereka negatif daripada wabak itu.

Katanya, pasangan itu sudah dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan bersama kesemua anak-anak mereka yang masih kecil kerana tiada penjaga.

Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan 142 kes aktif membabitkan empat kluster termasuk Kluster Mengketil, Kluster Kube, Kluster Hilir dan Kluster Cengal.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI