fbpx

LZS perlu kutipan zakat RM210 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saipolyazan ketika melancarkan kempen MY2.5 menerusi laman rasmi Facebook LZS hari ini.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen MY2.5 bagi mendapatkan kutipan zakat sebanyak RM210 juta untuk diagihkan kepada 64,160 asnaf dan saudara baharu di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop berkata, menerusi kempen tersebut pembayar zakat hanya mengeluarkan 2.5 peratus zakat daripada harta mereka.

“Kita menyeru kepada semua pihak yang belum menunaikan zakat pada tahun ini supaya berbuat demikian sebelum 31 Disemberi ini.

“Zakat itu secara langsung membantu asnaf dan saudara baharu di negeri ini,” katanya semasa pelancaran kempen tersebut secara langsung di laman rasmi Facebook LZS hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, LZS turut menawarkan cenderhati serta hadiah menarik kepada mereka yang membuat pembayaran zakat di semua cawangan LZS.

“Menerusi cogan kata ‘sedikit bagi anda, segalanya buat mereka’ diharap dalam menyemai semangat MY2.5 ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI