fbpx

Kalang Laeng jurulatih baharu Sabah FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Sabah bakal mendapat sentuhan jurulatih berkaliber yang berasal dari Sarawak.

SELEPAS melakukan ­penilaian terhadap beberapa calon, Sabah FC akhirnya mengambil keputusan melantik Lucas Kalang Laeng sebagai ketua jurulatih baharu pasukan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan status serta kemahiran yang dimiliki pengendali kelahiran Sarawak itu.

“Kelab ingin memaklumkan selepas membuat peni­laian terhadap beberapa calon bagi mengisi jawatan ketua jurulatih, Sabah FC mengambil keputusan melantik Lucas Kalang Laeng sebagai pengendali baharu.

“Keputusan tersebut dibuat berdasarkan beberapa aspek dan beliau memiliki lesen Pro A. Selain itu, beliau turut memiliki kepakaran dalam bidang sains sukan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam.

KALANG LAENG

Menerusi kenyataan itu, Verdon turut menyampaikan penghargaan kepada bekas ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto dan jurulatih kecergasan, Sofie Imam Faizal.

“Pada kesempatan ini juga, Sabah FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kurniawan Dwi Yulianto atas khidmatnya sebagai ketua jurulatih pasukan Sabah sebelum ini.

“Selain itu, kontrak jurulatih kecergasan, Sofie Imam juga tidak dilanjutkan. Sabah FC mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua jurulatih tersebut,” ujar beliau.

Sebagai rekod, Kalang Laeng merupakan bekas ketua jurulatih Sarawak serta memiliki Diploma Kejurulatihan Profesional AFC dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI