fbpx

Dewan Rakyat kecoh silap kira undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sidang Dewan Rakyat pagi ini kecoh seketika selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd. Rashid Hasnon memaklumkan berlaku sedikit kesilapan dalam undian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi Kementerian Kewangan semalam.

Beliau memaklumkan penghitung Blok C iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tersilap mencatit Ahli Parlimen Padang Rengas bersetuju dalam senarai undi sedangkan Ahli Parlimen Padang Rengas tidak hadir dalam undian kedua semalam.

Jelas Mohd. Rashid, perkara itu diketahui selepas selepas beberapa Ahli Parlimen membangkitkan perkara berkenaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Saya meminta keputusan belah bahagian bagi anggaran perbelanjaan mengurus 2021 Kementerian Kewangan daripada 18 tidak hadir kepada 19 dan 107 Ahli Parlimen bersetuju kepada 106, manakala 95 Ahli Parlimen kekal tidak setuju.

“Dengan itu saya meminta setiausaha (Dewan Rakyat) membetulkan bilangan undi tersebut yang tidak menjejaskan keputusan undia belah bahagian tersebut,” katanya.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan insiden itu bangkit menyelar kesilapan tersebut dengan mendakwa ia merupakan satu penipuan terhadap Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu meminta Shabudin yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dikenakan hukuman kerana didakwa menipu.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik mendakwa insiden itu pengkhianatan yang mencemarkan kesucian Dewan Rakyat, manakala Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meminta Shabudin dirujuk ke jawatankuasa khas.

Menjawab tuduhan itu, Shabudin memaklumkan beliau tiada niat menipu Dewan Rakyat kerana sebelum pengiraan dibuat semalam, beliau melihat Ahli Parlimen Padang Rengas berada dalam Dewan Rakyat.

“Saya tidak menyembunyikan perkara ini dan saya telah mohon maaf kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya.

Mohd. Rashid berkata, kesilapan pengiraan dalam undian belah bahagian pernah juga berlaku pada tahun 2017 dan beliau memberi jaminan tiada kesilapan akan berlaku dalam undian belah bahagian selepas ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI