fbpx

16 lelaki China dicekup tipu pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (tiga dari kanan) menunjukkan buku yang digunakan suspek dalam sindiket penipuan pelaburan.

MELAKA – Polis negeri mencekup 16 individu warganegara China selepas dipercayai menjadikan negara ini pusat kegiatan sindiket penipuan pelaburan saham dengan menyasarkan mangsa di negara republik itu.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 22 hingga 45 tahun itu ditangkap hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, tangkapan itu sekali gus menyelesaikan sebanyak 26 membabitkan kes penipuan dalam talian dengan nilai kerugian direkodkan sebanyak RM3.2 juta sepanjang awal tahun sehingga bulan ini.

Katanya, seramai 13 suspek telah ditangkap dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, kira-kira pukul 6 petang pada 24 November lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI