fbpx

Red Bull pening cari enjin baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RED BULL berdepan masalah mengenai penggunaan unit kuasa untuk saingan musim depan selepas Honda menarik diri sebagai pembekal enjin. – AFP

LONDON – Penarikan diri Honda sebagai pembekal unit kuasa dalam saingan Formula Satu (F1) musim 2021 memberikan masalah besar buat pasukan Red Bull Racing untuk bersaing musim depan.

Pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes, Buckinghamshire, England itu tertekan untuk membuat keputusan untuk mencari pembekal unit kuasa yang baharu.

Ketua pasukannya, Christian Horner menegaskan, pihaknya akan membuat pengumuman pada 30 November ini mengenai enjin baharu yang akan mereka guna pada 2021 nanti.

“Kami tiada masalah jika terus dibenar menggunakan unit kuasa Honda walaupun tidak lagi boleh mendapatkan nasihat teknikal daripada mereka.

“Pada masa sama, kami juga perlu memikirkan jalan penyelesaian yang lain untuk menjalinkan kerjasama dengan pasukan lain,” kata Horner.

Red Bull sudah melakukan pertemuan dengan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) berkenaan masalah tersebut dan melakukan perbincangan dengan pasukan F1 yang lain berkenaan masalah yang dihadapi mereka.

Mercedes tiada masalah jika Red Bull menggunakan unit kuasa selain Honda musim depan, namun Renault dan Ferrari menentang idea tersebut.

“Buat masa ini tiada lagi sebarang keputusan dibuat tetapi awal Disember nanti kami akan menentukan arah tuju Red Bull musim 2021 nanti.

“Peraturan yang ditetapkan FIA ketika ini sangat rumit dan mahal. Jika FIA menginginkan pasukan baharu menyertai F1 semuanya harus lebih mudah dan murah.

“Penggunaan unit kuasa Honda hanya akan berjaya jika peraturan enjin dibekukan pada 2022 bukannya 2021,” kata penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI