fbpx
Gambar fail menunjukkan seorang model botak berjalan di pentas peragaan Minggu Fesyen Mercedes-Benz. – gAMBAR HIASAN/ AFP

Puji wanita lain, isteri merajuk lebih setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Seorang lelaki terpaksa ‘menderita’ apabila isterinya merajuk lebih se­tahun gara-gara dia tersilap puji seorang pelayan wanita semasa sedang makan malam di sebuah restoran, tahun lalu.

Lelaki itu memuat naik perkongsian ke laman Reddit menceritakan bagaimana kejadian berlaku iaitu semasa dia dan isteri sedang menikmati makan malam sempena hari lahir isterinya.

“Saya cuma berasa kagum melihat kepala botak pelayan wanita tersebut lalu bertanya secara bersahaja, adakah dia sengaja memilih fesyen botak.

“Dia menjawab ya. Saya be­ritahu dia ialah seorang yang berani dan tetap kelihatan cantik walaupun botak, itu sahaja,” tulisnya.

Isteri yang menyaksikan kejadian itu berasa ia bukan satu perbualan kasual dan enggan bercakap sehingga mereka pulang ke rumah.

Lelaki itu mendakwa isteri­nya masih mengungkit kisah wanita botak setiap kali mereka bertengkar walaupun kejadian itu berlaku setahun lalu.

“Dia akan mengeluarkan kata-kata seperti jadi adakah saya patut cukur rambut (saya) kerana awak lebih suka fesyen botak.

“Saya sedar perbuatan (saya) mungkin kurang sesuai terutama pada makan malam sempena hari lahir isteri tetapi saya tidak berniat apa-apa,” dakwanya.

Lelaki itu turut mendakwa dia sudah meminta maaf beberapa kali sejak insiden itu pada tahun lalu namun, dia tetap gagal meredakan kemarahan isterinya.

“Saya rancang untuk minta maaf dengan cara lebih formal supaya isteri percaya bahawa saya tidak pernah atau cuba memikat mana-mana wanita dengan fesyen rambut botak,” katanya. – Agensi