fbpx

Dua pekerja Bangladesh cedera dihempap dinding konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warga Bangladesh cedera dihempap runtuhan konkrit di Bandar Cassia, Batu Kawan hari ini.

SEBERANG PERAI – Dua pekerja warga Bangladesh dilaporkan cedera selepas dihempap dinding konkrit yang runtuh di dalam sebuah premis di Bandar Cassia, Batu Kawan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, salah seorang mangsa turut dilaporkan cedera parah apabila pergelangan tangan kanan hancur dipercayai akibat dihempap batu-bata.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 40-an itu sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian sebuah kedai serbaneka.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa terperangkap di bawah runtuhan itu.

“Bomba segera melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa dengan mengangkat sisa runtuhan.

“Akibat kejadian tersebut, seorang mangsa cedera pada kaki, manakla seorang lagi cedera parah pada hujung tangan kanan dan cedera pada muka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi menerima rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI