fbpx
Syifa Hadju - Tribunnews

Aktres jelita dakwa boleh berkomunikasi dengan hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pelakon opera dan bintang filem, Syifa Hadju bukan sekadar memiliki rupa paras cantik tetapi dia mendakwa ada kelebihan luar biasa iaitu mampu berkomunikasi dengan hantu.

Portal berita Tribun News melaporkan Syifa sebagai berkata, dia mempunyai keupayaan itu sejak sekian lama dan mampu merasai kehadiran ‘makhluk halus’ di sekelilingnya.

“Boleh (berkomunikasi dengan hantu), tetapi itu dulu,” kata Syifa menerusi satu video penstriman langsung di Instagram bersama rakan bernama Rossa.

Bagaimanapun, artis itu mengakui perasaan dan keupayaan bercakap dengan hantu kadang kala tidak disedari kerana dia tidak menjangkakannya.

“Saya masih keliru bagaimana untuk menerangkannya. Cuma kadang-kala dirasai dan adakalanya tidak , ” jelasnya.

Dia mengakui adakala dapat mengesan kehadiran makhluk halus berhampiran dengan dirinya semasa kecil.

“Saya dapat rasanya dengan lebih ketara semasa kanak-kanak tetapi bukan pada setiap masa,” jelasnya.

Syifa mendakwa bahawa tidak ada hantu yang kelihatan cantik atau tampan dan wajah makhluk itu menakutkan dirinya.

“Hanya dalam drama Korea sahaja ada hantu comel-comel. Kalau di sini, tiada sebegitu rupa,” dakwanya. – Agensi