fbpx

Jawatan kuasa khas nilai permohonan memendekkan kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Permohonan memendekkan tempoh kuarantin pengunjung yang tiba dari Sabah akan dinilai oleh jawatankuasa khas sebelum kebenaran tersebut diberikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jawatankuasa tersebut akan melihat sebab dan alasan yang diberikan selain penilaian risiko terhadap pemohon tersebut.

“Secara umumnya tempoh kuarantin 14 hari tetapi kalau ada permohonan, jawatankuasa akan melihat dan mempertimbangkannya iaitu kita akan berbincang dan melihat penilaian risiko dari segi kesihatan pemohon.

“Justeru, ujian kali kedua yang sepatutnya dibuat pada hari ke-13 akan diawalkan misalnya pada hari ke-11 atau 12. Kalau keputusannya negatif dan tiada bergejala serta pemohon tiada risiko terdedah dengan kes positif, ia boleh dipertimbangkan untuk menggunakan Seksyen 15(1) Akta 342,” katanya pada sidang akbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, situasi pandemik Covid-19 di Sabah kini dilihat semakin berkurangan dari segi kes positif harian berbanding kemuncak bermula 20 September hingga awal Oktober lalu.

“Kes positif di negeri itu semakin stabil dengan sejak beberapa hari kebelakangan ini melaporkan kes positif kurang daripada 300 kes sekali gus ini perkembangan positif.

“Bagaimanapun, saringan kepada pengunjung yang tiba dari Sabah masih dijalankan sehingga kini,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kes di zon merah seperti Selangor dan Negeri Sembilan kini lebih tinggi dari negeri Sabah namun, mereka yang mahu merentas negeri tidak menjalani ujian saringan.

“Sepatutnya ujian saringan dan kuarantin dikenakan jadi, kita merasakan mungkin kena lihat semula bagaimana kaedah di negeri Sabah.

“Mereka yang keluar dari Sabah dan mahu ke Labuan dan Sarawak atau Semenanjung perlu disaring dan kuarantin tetapi di Semenanjung bagi negeri kes tertinggi tidak disaring dan dikuarantin jika merentas negeri.,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI