fbpx

Lelaki 250kg dipindah naik lori bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan sebuah lori utiliti untuk memindahkan seorang lelaki obesiti ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dikategorikan sebagai obesiti terpaksa dipindahkan daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dengan bantuan anggota bomba.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II, K. Karupannan berkata, lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai berat 250 kilogram (kg) itu dipindahkan menggunakan khidmat bomba.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada pukul 5.07 petang, hari ini.

“Lelaki berkenaan dipindahkan dengan mengusung pesakit di atas katil menggunakan sebuah lori utiliti lima tan.

“Pesakit itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan perubatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi khas itu dilaksanakan seramai lapan anggota beserta tiga buah jentera.

Operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 5.30 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI