fbpx

Alvin Anthons raih Rekod Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVIN ANTHONS

HADIRNYA situasi pandemik telah membangkitkan keupayaan teknologi digital yang tinggi dalam kalangan masyarakat ekoran kadar penggunaan telefon pintar secara meluas.

Biarpun penggunaan Instagram Live bukanlah satu aktiviti yang asing, The Nite Nite Show with Alvin Anthons merupakan sebuah rancangan hiburan pertama di Malaysia yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi Instagram, dilengkapi set studio dan DJ secara langsung.

Tidak ketinggalan juga tetamu-tetamu istimewa yang hadir melalui akaun Instagram masing-masing.

Mereka berbincang mengenai isu-isu semasa dan menyertai segmen permainan yang menarik, dicipta khas untuk setiap tetamu yang hadir.

Disebabkan keunikan dan kelainan yang dipamerkan oleh program temu bual yang dihoskan oleh pengacara, Alvin Anthons, The Nite Nite Show with Alvin Anthons juga telah meraih pengiktirafan Rekod Negara oleh Malaysia Book of Records sebagai First Instagram Live Broadcasting Talk Show.

THE Nite Show with Alvin Anthons merupakan rancangan bual bicara kedua bagi Alvin sebagai hos. Sebelum ini, dia telah mengendalikan sebuah rancangan bual bicara berjudul Let’s Talk yang bersiaran di TV2.

Menurut Alvin, pengiktirafan yang diberikan terhadap program tersebut telah menunjukkan usahanya menganjurkan sebuah program bual bicara maya sejak pandemik Covid-19 melanda di seluruh dunia sungguh berbaloi.

“Saya tidak menjangka akan diberi pengiktirafan.. Ini sesuatu yang sangat berharga buat saya dan pasukan.

“Saya terkejut apabila pihak Malaysia Book of Records sendiri telah memberi penilaian yang agak cepat sebaik sahaja pasukan saya melengkapkan borang serta butiran yang diminta

“Sejujurnya saya telah meletakkan standard sendiri dan tidak mahu program ini terikut atau sama dengan program yang lain,” kata Alvin.

The Nite Nite Show with Alvin Anthons merupakan rancangan pertama yang berjaya menggunakan Live-Multi-Output, konsep yang menggabungkan penyiaran visual daripada kedua-dua belah pihak iaitu hos dan tetamu, audio dan muzik secara langsung yang dimainkan oleh DJ sepanjang program berlangsung.

Program bual bicara malam dalam bahasa Inggeris tersebut telah pun menamatkan musim pertama pada penghujung Julai lalu dengan seramai 13 selebriti ternama dari Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat dijemput sebagai tetamu.

ALVIN bangga hasil kerjanya meraih pengiktirafan Rekod Negara oleh Malaysia Book of Records sebagai First Instagram Live Broadcasting Talk Show.

Antaranya Datuk Hans Isaac, Datuk Norman Abdul Halim, Gurmit Singh, Amber Chia, Alla Wu (Amazing Race Asia) dan Justin Bratton (Asia’s Got Talent).

Bercakap soal cabaran yang dilalui, Alvin berkata, dia dan pasukannya menghadapi banyak masalah teknikal.

“Bukan suatu kerja yang mudah terutama melibatkan teknikal kerana pasukan saya berhadapan dengan pelbagai masalah untuk diselaraskan dengan format IG Live.

“Saya juga telah membeli banyak peralatan bantuan teknikal semata-mata untuk mendapatkan kualiti bunyi dan visual terbaik semasa bersiaran secara langsung.

“Itu juga satu pelaburan yang besar untuk saya merealisasikan impian ini,” ujarnya.

Katanya lagi, daripada sudut lain, pihak Malaysia Book of Records turut menilai ketelitian program mengikut masa, hari dan waktu bersiaran yang tepat.

Semasa bersiaran The Nite Nite Show with Alvin Anthons berjaya meraih anggaran penonton secara langsung sebanyak lebih 500 bagi setiap episod sejak disiarkan buat pertama kali pada Jun lalu, manakala anggaran penonton bagi setiap rakaman episod dalam YouTube telah melebihi 5,200 penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI