fbpx

72 tan sotong dari China dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sotong sejuk beku disita Maqis Pulau Pinang di NBCT di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas kira-kira 72 tan sotong sejuk beku ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya mendapati produk dari China itu cuba dibawa masuk tanpa permit import yang sah ketika operasi kira-kira pukul 5 petang.

“Pemeriksaan ke atas tiga kontena mendapati sebanyak 3,600 kotak sotong sejuk beku seberat 72,525 kilogram cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import yang sah.

“Produk bernilai lebih RM28,080 itu turut disita bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengkut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI