fbpx

TKKR serah balik dana KBS berjumlah RM52,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOBIE FARID (dua dari kiri) mendedahkan pasukan ONEXOX TKKR SAG Team telah memulangkan semula dana KBS berjumlah RM52,000 yang disumbangkan kepada Kasma sebelum ini.

PASUKAN ONEXOX TKKR SAG Team memulangkan semula dana berjumlah RM52,000 yang disumbangkan kepada pelumbanya, Kasma Daniel Kasmayudin yang kini beraksi dalam saingan Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

TKKR bertindak demikian selepas mengakui dana yang disumbangkan kepada pelumbanya itu diberikan tanpa prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan pihaknya tidak mahu berlaku double standard kepada semua atlet negara dalam apa jua bidang sukan.

Semalam, TKKR terkilan de­ngan tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persa­tuan Permotoran Malaysia (MAM) yang dilihat membelakangi pa­sukan berkenaan selepas tidak dimaklumkan mengenai dana sumbangan itu telah disalurkan kepada pelumbanya secara te­rus.

Bagaimanapun, KBS dalam satu kenyataan semalam me­negaskan, kementeriannya tidak terikat untuk memaklumkan sebarang keputusan Jawatankuasa Bantuan kepada pihak lain selain persatuan yang membuat permohonan.

“Setelah mendapat jawapan rasmi daripada KBS dan MAM mengenai isu kami tidak dibe­ritahu tentang bantuan kewa­ngan seperti tiket penerbangan Kasma dan tempat tinggalnya. Kami merasakan isu ini perlu diselesaikan dengan baik untuk mengelakkan lebih ramai membuat andaian dan fitnah terhadap kami.

“Jelas di dalam kenyataan MAM dan KBS seolah-olah kami menyuruh Kasma membayar sendiri tiket penerbangan dan tempat tinggalnya. Ini menyebabkan persepsi masyarakat terhadap kami bakal tercalar.

“Untuk pengetahuan, kami mempunyai 12 pelumba yang masih menerima gaji masing-masing walaupun tiada perlumbaan dijalankan disebabkan pandemik Covid-19. Saya juga tidak mahu terlibat dengan ketidaktelusan penggunaan dana kerajaan tanpa good governance atau tanpa SOP yang jelas supaya tidak berlaku double standard kepada semua atlet negara dalam apa bidang sukan pun.

“Tetapi kita kena terus berlapang dada bahawa suara atau pendapat kita ini belum cukup bagus untuk diterima oleh badan kerajaan mahupun persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan. Saya juga ingin memohon maaf jika ada bahasa-bahasa yang kurang enak didendangkan dalam isu ini, saya anggap kes ini selesai,” kata prinsipal pasukan TKKR, Bobie Farid Shamsudin dalam satu kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI