fbpx

Peragut rentap rantai leher sebelum tumbuk muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suspek meragut rantai leher sebelum menumbuk mangsa dalam kejadian di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak.

PETALING JAYA – Seorang peragut bertindak merentap dua utas rantai leher dan menumbuk muka seorang wanita sebelum melarikan diri bersama rakannya dalam satu kejadian di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak pada Sabtu lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan selain kerugian kira-kira RM10,000.

Dalam kejadian pukul 8.47 malam, mangsa dikatakan sedang membuat pembayaran di kaunter farmasi itu sebelum didatangi dua suspek dari arah belakang.

Ketua Polis Dearah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, salah seorang suspek bertindak meragut rantai leher mangsa sebelum menumbuk mukanya.

Susulan itu, kedua-dua mereka melarikan diri menaiki sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan premis tersebut.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati kedua-dua suspek memakai pelitup muka memasuki farmasi berkenaan.

“Siasatan lanjut juga mendapati mereka menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Shahrizal Saleh di talian 017 713 4705 atau Inspektor Aisyah Mohd. Noor di talian 013 933 8214.

Terdahulu, tular satu rakaman CCTV berdurasi 45 saat yang menunjukkan seorang wanita menjadi mangsa ragut di sebuah farmasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI