fbpx

Itali tempah slot pusingan final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan final Liga Negara-Negara Eropah selepas menundukkan Bosnia 2-0 awal pagi semalam. – TWITTER ITALY@AZZURRI

SARAJEVO – Itali mengesahkan tempat ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas membenam Bosnia Herzegovina 2-0 di Stadium Grbavica awal pagi semalam.

Andrea Belotti dan Domenico Berardi masing-masing menja­ringkan satu gol bagi memastikan skuad kendalian Roberto Mancini itu menjuarai saingan Kumpulan A1 dengan 12 mata.

Pembantu jurulatih Itali, Alberico Evani mengakui mereka tidak sabar untuk beraksi pada pusingan akhir yang turut diiringi Belgium, Sepanyol dan juara dunia, Perancis.

“Saya gembira kami berjaya melangkah ke pusingan akhir ke­rana ia peluang terbaik untuk me­nguji kekuatan kami dengan pasu­kan-pasukan terbaik di Eropah.

“Kami mahu lihat sejauh mana kemampuan kami apabila bertemu pasukan-pasukan seperti itu. Apabila bertemu mereka, kami akan tahu Itali berada di tahap mana,” kata Evani.

Pada masa sama, beliau turut memuji prestasi yang ditampilkan barisan pemainnya selepas melakar ti­ga kemenangan meskipun berada dalam situa­si sukar.

“Saya ha­nya boleh ber­terima kasih kepada semua pemain kerana sudah berikan se­gala-galanya apabila menyarung jersi pasukan. Kami menang tiga perlawanan menerusi aksi meya­kinkan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI